KAHWIN MUDA

Assalamualaikum

Apa khabar kekanda adinda disana ? Haha . Tajuk post saya harini memang best , mesti semua pakat tak sabar nak baca kan ? *Angguk cepat ! .


 Alkisah bermula begini , Rasulullah SAW bersabda :

Tiga perkara jangan dilambatkan – lambatkan , iaitu solat apabila telah masuk waktunya , jenazah apabila telah siap urusan mandi dan kafan dan anak gadis setelah ditemui pasangan yang sesuai untuknya . – Hadis Riwayat Tarmizi

Siapa cakap kahwin waktu belajar mengganggu ? Salah tanggapan tu. Sepatutnya , kahwin awal lebih membuatkan semangat kita membara . Sebab sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita . Mestilah bersemangat nak belajar kan ? Lagi satu < orang yang dah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab daripada sebelum kahwin . Sebab mereka tahu mereka ada pasangan untuk dijaga . Contoh , ibubapa kita . Sudah kahwin tetapi adakah mengganggu kerja mereka ? Tak , kan ? Jadi , jika sampai jodoh kita , seharusnya kita reda . Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang .

“Tidak terlalu awalkah untuk aku berkahwin ?” . Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat , kahwinlah . Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama , kahwinlah . Kalau rasa kahwin boleh mengelak dari fitnah dan maksiat , kahwinlah . Itu maksudnya , kahwin memang perlu pada usia muda . Benda yang baik , jangan dilambatkan . Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal , tapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram ? Tanya diri , jaga iman .

Daripada Rasulullah SAW : Apabila datang laki-laki untuk meminang , yang engkau reda terhadap agama dan akhlaknya , maka nikahlah dia . Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakkan yang merata di muka bumi . Hadis Riwayat Tarmidzi dan Ahmad .



Rujukan :
Novel Suami Ekspres by Fieyta An-Nisa 

4 comments:

  1. Ehem2. setuju. heheee. Akak nak kahwin awal ke ni? heheh :D
    Menantu yg baik adalah dari kuisas. HAHAHAHAHA.

    #Sebenarnya yg buat orang takut nak kahwin awal adalah pandangan masyarakat& takut family tak restu, Ish3. hmmmm

    ReplyDelete
  2. heheh..xdelah..calon pun xde..huhuh.yekew??Insya-Allah..hahaha..
    #betul3x akak setuju sgt dgn pndapat adek tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheee.... Dah banyak siasat pasal tu.. byk baca pasal tu. tengok isu2 semasa.. hahaaaa

      Delete
    2. heheh..good3.akak dgn member2 akak selalu buat usrah pasal tjuk tu.

      Delete