KAHWIN MUDA

Assalamualaikum

Apa khabar kekanda adinda disana ? Haha . Tajuk post saya harini memang best , mesti semua pakat tak sabar nak baca kan ? *Angguk cepat ! .


 Alkisah bermula begini , Rasulullah SAW bersabda :

Tiga perkara jangan dilambatkan – lambatkan , iaitu solat apabila telah masuk waktunya , jenazah apabila telah siap urusan mandi dan kafan dan anak gadis setelah ditemui pasangan yang sesuai untuknya . – Hadis Riwayat Tarmizi

Siapa cakap kahwin waktu belajar mengganggu ? Salah tanggapan tu. Sepatutnya , kahwin awal lebih membuatkan semangat kita membara . Sebab sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita . Mestilah bersemangat nak belajar kan ? Lagi satu < orang yang dah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab daripada sebelum kahwin . Sebab mereka tahu mereka ada pasangan untuk dijaga . Contoh , ibubapa kita . Sudah kahwin tetapi adakah mengganggu kerja mereka ? Tak , kan ? Jadi , jika sampai jodoh kita , seharusnya kita reda . Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang .

“Tidak terlalu awalkah untuk aku berkahwin ?” . Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat , kahwinlah . Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama , kahwinlah . Kalau rasa kahwin boleh mengelak dari fitnah dan maksiat , kahwinlah . Itu maksudnya , kahwin memang perlu pada usia muda . Benda yang baik , jangan dilambatkan . Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal , tapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram ? Tanya diri , jaga iman .

Daripada Rasulullah SAW : Apabila datang laki-laki untuk meminang , yang engkau reda terhadap agama dan akhlaknya , maka nikahlah dia . Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakkan yang merata di muka bumi . Hadis Riwayat Tarmidzi dan Ahmad .



Rujukan :
Novel Suami Ekspres by Fieyta An-Nisa 

Perbezaan Umur

ASSALAMUALAIKUM...

Sekali lagi muncul utk menaip entry baru...
asal lh minah ni...Pagi2 buta mcm ni tak tidur2...hehehe...
Actually ..saya pun tak paham dan tak tahu apa problem saya nie...
memang susah sangat2 nak tidur...Nak kata tgh jatuh cinta tak juga..
Ker dah ada satu tabiat tak boleh tidur malam...eeerrrkkk scary giler...
macam mana nak ubah ni...hew...
tapi tak pelah..sekarang ni bukan saya nak citer pasal saya tak blh tidur malam...
Saya nak citer pasal PERBEZAAN UMUR...
Saya buka topik ni sebabnya ramai lah tertanya-tanya pasa tjuk nie...




"ok ke kahwin dengan orang yang jarak jauh perbezaan umur?"
"bahagia ke kahwin dengan orang yang lagi matang?"
" ok ke kahwin dengan orang yang jarak usia jauh dari kita?tak da masalah cara hidup berbeza ke?atau cara pemikiran berbeza ke?"
sebenarnya dah lama nak buat entry macam ni.. pastu terlupa..bila dah ingat, takut pula nak taip..takut nak share, takut nanti ada pula yang menyentap.. maaflah ye, bukan semua tu niat saya. tapi hanya pendapat saya je saya nak berkongsi.

 Kalau korang nak bercinta, korang pernah tak terlintas nak cari pasangan yang jarak umur berapa? kalau saya? semestinya. kadang-kadang saya ni cerewet sikit. hehe.. lagipun tak salah kan? saya pernah berniat kalau nak cari pasangan TAKNAK umur sebaya. TAKNAKyang jarak setahun. TAKNAK jarak 2 tahun. kalau boleh saya nak cari pasangan biarlah umurnya jarak 3tahun hingga bawah 10tahun.

kenapa saya memilih macam tu? ok la, ni cerita hanya saya je tau.. jangan pula ada yang mara-mara komen nanti..hehe.. saya pernah berkawan dengan orang yang umurnya sebaya..umurnya jarak tua setahun ke 2 tahun camtu.. semuanya macam merimaskan.  xpelah, yang lain saya simpan je la eh..hehehe.saya

kejam betul cite tergantung..haha

start dari macam-macam hal tu la saya tanamkan niat. nak cari orang yang lebih dewasa sikit, yang tua sikit umurnya dari saya. dan yang paling tak tahan tu, dah pasang niat nak cari yang dah bekerjaya.. macam pelik jer...macam pelik jer..macam pelik jer..hehehe...


Bagi sayalah, best bah couple dengan orang yang lebih tua daripada saya sendiri. Dye orang memang matang-matang belaka. Kalau saya couple dengan orang yang sebaya saya kan, saya rasa rimas semacam. Merengek jer kerjanya. Sepatutnya yang merengek lebih tu saya bukan awak yer. Pelik Bin Ajaib pulak saya rasa. Lepas tu kan, saya rasa bila couple dengan orang yang lebih tua kan, dye orang banyak mengalah. 

erm, pernah la mak, makcik2 saya cakap kat saya.. biarlah berapa pun jarak jauh umur korang.. sebab bila orang yang lebih tua dari kita ni, dia akan jaga kita sebaiknya.. yang penting kita pun kenalah macam tu juga.. cara dia jaga kita lain.. kita kenalah cari orang yang boleh jaga kita, buka kita kena jaga dia je.. 

Abaikan la kata-kata orang lain ye.. memang la kadang-kadang kita kena minta pendapat dari orang lain, tapi bab pasangan ni, lebih elok juga cite pada parent.. biar mereka juga menilai.. :)  so, jgn sedih-sedih ya.. ^_^