entry kali ni saya nak ajar cara nak buat sendiri tudung labuh....
mungkin tudung ni tak ramai yang nak pakai....tp tudung ni senang di pakai dan mudah dibuat....kosnya pun murah jek....
hurm....like this...
tentu tak ramai nak pakai kan??? dengar labuh jek pun orang dah fikir macam2....
macam selimut la...n....mcm2 lah tanggapan dan kata2 orang yg tak mahu mencuba untuk memakainya....
tp kat sni saya nak ajarkan cara buat tdung labuh ni....yg sangat mudah dan jimat sangat....
tak macam tdung yang dijual kat luar sana...yg kecik tp mahal harganya.....
ok 1st step untuk buat tudung ni...kenalah sediakan bahan-bahannya....(mcam nak masak plak)...
Langkah 1:
Sediakan barang2 yang diperlukan seperti:
-kain ela bidang 60 : 1.5meter
-tudung contoh
-gunting kain
-benang (mengikut kesesuaian warna tudung)
-jarum jahit
-jarum peniti
-kerongsang
-lilin & mancis
Langkah 2:
-bentangkan tudung (kain ela) di atas lantai
dan lipatkan ia menjadi segi tiga.
Kemudian, tindihkan dengan tudung contoh.
Langkah 3:
Tandakan saiz tudung contoh pada kain ela,
dan guntingkannya.
Langkah 4:
-kemudian, ambil jarum peniti dan jarumkan pada bahagian tengah tudung untuk dijahit, dan ambil kerongsang untuk menandakan bahagian muka mengikut saiz yang sesuai. Langkah 5:
-pilih warna benang yang bersesuaian danjahit di bahagian
yang telah di jarumkan tadi dengan kemas.
Langkah 6:
-nyalakan lilin dan bakar sedikit tepi keliling tudung bagi mengelakkan ianya berbulu.
Langkah 7:
-inilah hasilnya, tudung sedia digosok dan siap untuk dipakai :)
|
=)
ReplyDeleteSalam Ziarah dari saya
ReplyDeletehttp://secebisdakwah2ku.blogspot.com/
Tq :)
ReplyDelete