Sebab Perempuan Tidak Menghormati Lelaki

Bismillahirrahmanirrahim...




Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera untuk semua. Dalam kesempatan yang ada ini, saya terpanggil untuk berkongsi satu artikel ringkas yang saya 'copy' dari seorang rakan facebooksaya. Artikel yang agak bersahaja dan mampu mengubah mentaliti kita disamping menjadikan diri kita bertambah baik pada masa-masa akan datang.

Tanpa perlu membebel panjang, bacalah sedikit tulisan dibawah ini, tulisan tentang seorang lelaki dari perspektif seorang wanita...






Sebab-sebab Perempuan Tidak Menghormati Lelaki

1. Dah ada awek kau nak pegang-pegang. Elok-elok awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia. Konon special untuk kau seorang. Bila awek kau tak nak kasi semua tu, kau cakap 'bye-bye'... Wah! KAU LELAKI GATAL...

2. Bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. Berhabis duit bagi hadiah pada awek bila awek merajuk pun tak apa. Konon kau seorang penyabar. Tapi bila mak kau suruh kau pergi kedai beli barang dapur, macam-macam alasan kau bagi. Dah tu siap minta duit lagi kat mak kau. Wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP! 

3. Kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat mesin atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau. Konon kaulah lelaki paling gentleman. Tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. Siap pura-pura tidur sebab tak mau bersesak-sesak berdiri. Sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA!

4. Tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua. Nampak je ada awek cun, makin semangat kau. Kau rasa hisap rokok tu sangat cool. Alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA!!

5. Bila kau bawak kereta, ada sahaja awek baik dengan kau, mesti kau tuduh perempuan tu gila harta. Padahal perempuan tu tau kau punya kereta tu pun beli guna duit bapak kau. Bukan harta kau tapi harta bapak kau. Aduh! KAU LELAKI PERASAN!

6. Bila kau dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. Mencarut pun kuat-kuat. Semua jenis bahasa, semua jenis perkataan kotor kau sebut. F**k, s**t, macam-macam lagi semua kau nak sebut. Kau rasa kau sempoi bila mencarut. Tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB!
7. Pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup. Konon untuk kepuasan diri. Tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat. Bab agama kau aci mengelat. Apa nak jadi, KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI...8. Kau suka kutuk-kutuk dan gelak-gelak kat gambar perempuan-perempuan dalam fb. Kau kata konon bajet cun. Habis yang kau ambil gambar jelir-jelir lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? Kau ingat kau tangkap gambar siap posing maut biar nampak hensem tu tak bajet pula? Isk isk isk... KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI!
9. Masa awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. Konon modal perempuan merajuk dan air mata. Tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa pula? Wei, KAU LELAKI EGO!!
10. Kau hisap rokok kau rasa kau handsome. Lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata. Kadang-kadang bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli.Chewing gum yang kau kunyah pun sukahati kau je nak lekat kat mana-mana. Alahai, KAU LELAKI PENGOTOR!!


Ok, 10 sahaja dahulu yang boleh saya kongsikan setakat ini. Artikel di atas disalin semula berdasarkan tulisan asal dalam fb. Disini saya ingin beritahu, berawek-awek jika tidak mengikut syariat adalah tidak dibenarkan dalam Islam. Jauhi amalan yang menjurus ke arah zina.

Baca artikel diatas bagi membuka satu ruang berfikir kepada kita para lelaki, dan mengubah mentaliti bagi kalian, kaum wanita. Bagi yang sudah berkahwin, bacalah semula artikel diatas dengan mengubah frasa 'awek' kepada frasa isteri. Pasti ada yang terkena... hehe :)

Kalau ada yang terkena, jangan marah saya ya! Tak semua lelaki berperwatakan seperti yang digambarkan diatas. Ramai lagi yang baik-baik, macam para pembaca yang budiman sekalian. Kan?

Apapun, mohon maaf andai ada yang terasa, terguris dengan artikel kali ini. Sekadar selingan sementelah menanti masa yang sesuai untuk saya membuat posting bertopik yang lebih besar.

Ok, setakat ini sahaja dahulu penulisan saya, Sekian dan Terima Kasih. Wassalam.

No comments:

Post a Comment