NOVEL : Suami Ekspress



BAB 10




Faris hilang mood mengajar sepanjang kelas organic chemistry pada hari itu. Natijahnya, dia hanya duduk termenung sambil menompang dagu di meja pensyarah. Sempat dititipkan pesan kepada pelajarnya jika ada soalan boleh diajukan kepadanya. Kelas yang sepatutnya menjadi kelas syarahan ditukarkan menjadi kelas tutorial. Memang dia benar-benar hilang mood mengajar. Kusut kepalanya dengan hakikat yang baru diketahuinya. Bagaimana mahu diajukan soalan itu kepada Adriana? Arghh.. Yang penting dia harus bertemu dengan gadis itu. Yeahh, bertemu dan berbincang.


Otaknya memang tidak boleh berfungsi saat ini. Akhirnya dia membuat keputusan mahu menamatkan kelas organic chemistry itu awal dari masa yang sepatutnya.


“Ok class, any questions? If you don't have any question, class dismissed” ujarnya memberi kata putus. Kelas yang sepatutnya berlangsung selama dua jam dipendekkanya menjadi sejam sahaja.


Belum sempat Adriana mahu keluar dari bilik kuliah itu, namanya dipanggil seseorang. Di pandangnya Iman di sebelah, temannya itu hanya mengangkat bahu, tanda tidak tahu.


“Riana, aku tunggu kau kat library je lah. Aku kena pulang reference book ni dulu, kau jangan lambat sampai pulak nanti” bisik Iman perlahan.


“Yes, sir. Ada apa-apa yang boleh saya tolong ke?” soal Adriana sambil melangkah menuju ke arah pensyarahnya. Apa agaknya yang tak kena dengan pensyarah muda itu erk?


“Adriana, saya ada something nak tanya dengan awak” ujar Faris serius.


“Eh, hal apa sir?” soal Adriana. Haish sir, macam serius je halnya, bikin cuak pulak.


“Adriana, betul ke awak ni anak uncle Nazri?” tanya Faris, matanya masih memandang gadis yang bertudung hijau muda di hadapannya.


“Uncle Nazri mana pulak ni sir, kan ramai orang yang nama Nazri. Tapi memang betullah nama ayah saya Nazri” balas Adriana bingung. Apa agaknya masalah yang melanda pensyarah muda ini? Kan ramai orang dalam dunia ni namanya Nazri.


'Betul jugak eh kata Adriana tu, aduish kenapalah general sangat soalan aku ni. Haillah otak, sila beri kerjasama' bisik Faris menepuk kepalanya.


“Sir, sir ok tak ni?” soal Adriana.


“Saya ok, tak I mean.. Ayah awak engineer kan? Betul ke ayah awak nak kena transfer ke Jepun nanti?” tanya Faris inginkan kepastian.


“Eh, mana sir tahu ni? Betullah papa saya nak kena transfer ke Jepun. Sir kenal ke ayah saya?” tanya Adriana pelik.


Jantung Faris seakan-akan mahu melompat keluar apabila mendengar pengakuan jujur gadis itu walaupun dia sudah menyangka dari awal lagi jawapan yang bakal keluar dari mulut gadis itu. Tapi sekarang ini hatinya seakan menidakkan kebenaran yang berlaku.


“Sir, sir ok tak ni? Kalau takde apa-apa saya keluar dulu” soal Adriana. Aishh, termenung lagi Mr. Faris ni. Apa masalah yang melanda pensyarahnya itu hari ini, memang berbeza sungguh karektor Mr. Faris yang dia kenal selama ini. Yang kelihatan hanya wajah kusut tiada lagi wajah seorang yang berkarisma pensyarahnya itu.


“Eh, wait Adriana” jawab Faris seakan tersedar. Ya, dia harus selesaikan segera masalah yang membelenggu hidupnya. “Awak bakal isteri saya!!” hanya itu yang mampu diluahkan. Kaku lidahnya mahu menutur ayat yang lebih sesuai.


“Hah, apa???” melopong mulut Adriana mendengar ayat yang baru dituturkan oleh pensyarahnya itu. Nasib baik tangannya memegang kuat meja pensyarah di hadapannya itu, kalau tidak mahu jatuh terjelepok dia depan Mr. Faris. Seakan terberhenti nafasnya saat itu, memang dia betul-betul terkejut!! Tak mungkin Mr. Faris bakal suaminya.


“Yes, Adriana. Papa awak dan abi saya teman rapat. Papa awak berharap sangat kita dijodohkan” ujar Faris, dia faham keadaan gadis itu. Ya, mereka sama-sama terkejut dengan kenyataan yang baru sahaja berlaku. Rupa-rupanya gadis yang ingin ditemuinya adalah pelajarnya sendiri.


“Eh, sir. Saya mintak diri dulu” pinta Adriana. Kepalanya mula berpusing-pusing. Lantas kakinya melangkah ke muka pintu tanpa menunggu jawapan dari pensyarahnya. Apa yang dia tahu, dia mahu berada di bilik saat ini.

Faris hanya mampu mengeluh nafas berat memerhatikan langkah longlai gadis itu.


**

Iman mengerling jam di tangannya. Sudah hampir 20 minit, tapi bayang-bayang Adriana tidak kelihatan juga. Lantas kakinya melangkah keluar dari library lalu diambilnya telefon bimbit di poket seluar. “Adriana kau kat mana ni? Penat aku tunggu kau” bebel Iman setelah panggilannya dijawab Adriana.


“Iman, sori. Aku tak dapat teman kau, aku nak balik bilik. Nanti kita jumpa” jawab Adriana perlahan. Talian telefon diputuskan, memang dia tak mahu diganggu saat ini.


'Ishh, apa kena agaknya dengan budak sorang ni. Takde angin, takde ribut, tiba-tiba sahaja bad mood' bisik Iman pelik.


Faris hanya merenung kosong gelas di hadapannya. Fikirannya kusut saat ini, akibatnya dia hanya duduk termenung di cafe ini, memerhatikan ragam-ragam manusia di sekelilingnya. Memang dia sudah membuat keputusan untuk menerima sahaja hasrat Encik Nazri, tetapi dia tidak menyangka gadis yang dijodohkan dengannya selama ini merupakan pelajarnya sendiri. Adakah Adriana mahu menerima dirinya? Melihat sahaja reaksi pelajarnya sebentar tadi, dia tidak yakin Adriana sudi menjadi isterinya.


Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. Terhenti khayalannya, terbang segala masalah seketika.


“Faris, hang buat apa termenung sorang-sorang kat sini? Awatnya, hang ada masalah ka?” tegur Zahin. Zahin merupakan pensyarah fizik di universitinya. Dia senang dengan sikap pensyarah dari utara itu.


“Eh, Zahin. Duduklah, takdelah aku saja je melepak kat sini. Petang ni takde kelas” jawab Faris seboleh-bolehnya ingin disorokkan masalah yang timbul.


“Hang jangan nak tipu aku lah na, aku tau hang ada masalah. Baik hang habaq kat aku” pujuk Zahin, masakan dia tidak nampak wajah kusut sahabatnya itu. Bukan sehari dua dia mengenali Faris, sejak mereka di universiti.


“Ishh, kau ni memang pandai kan. Tahu je yang aku ada masalah, tapi jangan risaulah masalah kecik je” ujar Faris sambil tangannya meraup rambut ke belakang.


“Ya ka? Aku tengok hang dah macam mati bini ja. Baik hang habaq kat aku. Kita kenai bukan sehari dua. Hang toksah risau na, kalau aku boleh tolong, aku tolong hang” pujuk Zahin dengan loghat utaranya.


“Kalau aku cerita ni, kau jangan terkejut pulak. Aku dah nak kahwin” jawab Faris jujur. Biarlah dia berterus terang sahaja. Lambat-laun temannya akan tahu juga nanti.


“Hah?? Hang biaq betoi?? Dengan sapa hang nak nikah nanti, jangan nak melawak dengan aku” balas Zahin. Matanya merenung tajam mata sahabatnya, mencari kejujuran.


“Hah, see. Kan aku kata kau jangan terkejut tapi kau still terkejut jugak. Bila aku bagitahu siapa bakal isteri aku mesti kau lagi terkejut punya. Jangan kau jatuh kerusi sudah” gurau Faris.


“Dengan sapa hang nak nikah tu? Awatnya aku nak terkejut pulak, bukan hang nak kahwin dengan aku pun, haha” gurauan dibalas gurauan.


“Haha, kau ni pun. Kahwin dengan kau? Kalau nak kena ketuk senduk dengan umi aku buatlah. Haha. Tapi aku serius ni, jangan kau terkejut nanti dah lah eh?” ujar Faris, agak-agak si Zahin ni terkejut tak kalau dia tahu pensyarah kahwin dengan pelajar sendiri?


“Alahh hang ni, cuba hang habaq kat aku sapa yang dok malang sangat dapat hang ni?” usik Zahin.


Nafas ditarik beberapa kali, bersedia dengan reaksi teman baiknya. Mungkin Zahin akan terkejut, mungkin juga akan mentertawakannya. “Nama dia Adriana, student aku sendiri. Budak science, final year” ucap Faris.


“Hang biaq betoii??? Bila hang dok bercinta dengan dia, amboih hang baru mengajar hang dah mengorat student ka? Haha” jawab Zahin hairan, sejak bila Faris bercinta dengan pelajar sendiri.


“Aku tak bercinta pun dengan dia, family arragement” ujar Faris. Takkanlah dia nak bercinta dengan pelajar sendiri, lagipun jarak umur mereka terlalu jauh.


“Bila hang nak nikahnya?” tanya Zahin.


Belum sempat Faris menjawab soalan Zahin, telefonnya berdering minta diangkat. “Weh, lain kali kita sembang lagi. Umi aku call, sorry” balas Faris.


“Assalamualaikum umi” ujar Faris memulakan bicara. Kakinya melangkah ke kawasan yang jauh sedikit dari cafe, maklumlah kawasan cafe yang hingar-bingar dengan gelagat pelajar lebih-lebih lagi sekarang sudah tiba makan tengah hari.


“Waalaikumsalam Faris, kamu dah jumpa bakal isteri kamu tu? Dah bincang elok-elok?” soal Hajjah Mardiyah. Haaisshhlaahh umi, macam mana nak bincang, baru je bagitahu hal sebenar, muka Adriana dah macam puasa sebulan. Lemah tak bermaya.


“Eh, Faris dah jumpa dah dia umi. Tapi kitorang tak sempat bincang lagi” jawab Faris. Dia rasa seperti mahu menjerit ketika ini, 'Umi dia student Farisss' kan bagus kalau dapat diluahkan apa yang ada dalam hatinya dan fikirannya saat ini.


“Kamu bincang lah baik-baik dengan dia. Cakap elok-elok, budaknya muda lagi. Takut fikirannya tak matang lagi. Kamu nak nombor telefon dia? Nanti umi mesej” nasihat Hajjah Mardhiyah. Dia mendapat nombor Adriana pun dari mama Adriana, Puan Aishah. Sudah beberapa kali juga dia bertemu dengan ibu gadis itu.


“Eh, boleh ke Faris ambik nombor dia umi?” soal Faris jujur. Hah, nilah akibatnya kalau dia sendiri tak pernah usha awek.


“Ya Allah Fariss, kamu ni. Nanti umi send nombor dia, bincang baik-baik dengan dia” mengucap pancang Hajjah Mardhiyah melihat reaksi anaknya. Faris, Faris..


“Ok umi, terima kasih” jawab Faris sambil tersengih. Kenapalah aku ni lambat sangat hal-hal macam ni.


“Ok lah, umi ada kerja ni. Kejap lagi umi send nombornya. Assalamualaikum” balas Hajjah Mardhiyah.


Tidak lama selepas talian diputuskan, telefonnya bergetar menandakan ada mesej masuk.

'0193674478' mesej dari umi. Nombor Adriana, bibirnya tersenyum sendiri apabila teringatkan gadis itu. 'Ayat apa eh, yang patut aku hantar dekat dia?' soal hatinya sendiri


Pantas tangannya menghantar pesanan ringkas kepada gadis itu.

'Assalamualaikum Adriana, saya Faris. Boleh saya jumpa awak? We need to discuss about us' -Faris-

'Waalaikumsalam sir, bila sir nak bincang?' -Adriana-

'Esok boleh? Awak ajaklah kawan awak teman. Takut nanti jadi fitnah pulak' -Faris-

Adriana garu kepalanya yang tidak gatal, aduisshh.. Nak ajak siapa, Iman? Alamatnya terkejut beruklah temannya nanti. Nak taknak terpaksalah dia ajak Iman.

'Insha Allah sir, nak jumpa kat mana? Pukul berapa?' -Adriana-

'Mugkin luar universiti, nanti saya ambik awak' -Faris-

'Eh, sir. Tak payah ambik saya, nanti saya drive sendiri' -Adriana-

'Ok, esok saya mesej tempat. Assalamualaikum' -Faris-


Terpaksalah Adriana menelefon temannya pada malam itu. Dijelaskan segala-galanya pada Iman.


**

Petang itu, Adriana, Iman dan Faris bertemu di taman rekreasi. Faris yang memilih taman itu, katanya lebih santai.


“Adriana, awak setuju dengan cadangan papa awak?” soal Faris. Matanya memandang tasik di hadapannya.


“Eh, sir macam mana? Sir setuju? Saya masih belajar lagi, sir tak kisah dapat isteri yang masih belajar?” soal Adriana, soalan Faris dibiarkan sepi. Matanya memerhatikan Iman yang duduk agak jauh dari mereka berdua. Tak mahu menganggu katanya.


“Insha Allah, saya setuju. Saya yakin dengan petunjuk Allah, awak macam mana?” balas Faris. Dia masih mengharapkan jawapan positif yang bakal lahir dari mulut gadis di hadapannya. Tak sanggup mahu mengecewakan harapan orang tua mereka.


Adriana menundukkan wajahnya. Sungguh dia tak sangka, Faris sanggup menerimanya. “Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk membahagiakan orang tua. Redha Allah terletak pada redha ibu bapa” ujar Adriana berkias, mana mungkin dia mahu memberitahu Faris, saya sudi kahwin dengan awak. Arghh, sikap pemalunya memang berada pada tahap yang sangat tinggi. Berkias adalah cara terbaik untuk meluahkan keputusannya.


“Alhamdulillah, semoga Allah redha dengan keputusan kita. Tapi saya ada syarat, nanti lepas kahwin saya bagitahu ya? One more thing, jangan panggil saya sir waktu luar kelas, awak kan Mrs. Faris to be” usik Faris. Dia suka melihat wajah Adriana ketika malu.


“Syarat apa?” soal Adriana. Haiilahh Mr. Faris kenapalah nak syarat berbagai-bagai ni, ingat cerita korea ke?


“Lepas kahwin nanti saya bagitahu ye awak? Dah jom balik, kesian tengok kawan awak tu” jawab Faris sambil matanya mengerling ke arah Iman.

#macam best je novel nie kan?? Klau nak thu smbungan novel nie belilah novel nie..mmng terbaiekk..!!!SAYA HANYA PROMO JE.hehehhe..tpi memang sweet giler2.Novel ini adalah  novel islamik yang paling best dan awesome yng prnah saya baca ..Baca dua tiga kali pun tak bosan.Oklah setakat ini saja yer.Annyeong..

http://www.penulisan2u.my/tag/suami-ekspress/

CIRI CIRI ZAUJ IDAMANKU



ASSALAMUALAIKUM

HYE, hihi rasa macam over excited nak tulis pasal lelaki idaman , mehehe.excited sgt....Semua orang mesti ada ciri lelaki/perempuan idaman kan ? Senang kata kira ideal type korang lah . Mesti semua orang ada kan ?  Tapi , disebabkan saya ialah seorang perempuan , entry kali ni saya nak buat tentang CIRI HUSBAND/ZAUJ IDAMAN . Mungkin tak sama dengan perempuan lain . Tapi , sedikit sebanyak ada lah jugak persamaannya :D:D(just fun).Saya sbenarnya mmng x suka brcinta dgn org usia yng sebaya sya ataupun jauh lebih muda dripada saya..hehehhe..itulah saya..saya sndiri pun tak fham kenapa.huhuhu..






lelaki idaman bagi saya yang pertama adalah ,ni kirenya cam segi phsically jugaklan hihi



1.Mestilah yang beriman , bertolak-ansur, saling memahami
ini kirenya macam perkara wajibla kan , kite mesti nak cari yang baik ,yang molek-molek , kalau tak macam ustaz pun asalkan dua-dua boleh tolak ansur antara satu sama lain . sebab perkahwinan bukan nye pasal cinta sepanjang masa , perkahwinan pun sebab sefahaman ,kalau cinta tapi tak paham each other , memang lah kelaut , kirenye cinta even dah berpuluh tahun pun akan fade dengan senangnye , macam korang bosan antara each other . hihi macam tula , so tolak ansur , saling memahami , penting sangat dalam ciri-ciri lelaki idaman saya.

2. Peramah & lawak
Ciri-ciri ni haruslah menjadi pilihan sebab saya paling suka dengan lelaki yang peramah apatah lagi suka buat lawak.Haruslarh...Tak adalah serius memanjang je...bosan tau.

3. Matang
Actually ,saya takde lah matang sangat . So , kalau boleh nak partner yang matang.hehehe Kalau dua-dua ikut perangai keanak-anakkan tak kah agak kebangangan disitu :P Kiranya kalau matang ni , dia taulah macam mana nak selesaikan masalah , pandai handle sesuatu perkara dan tau fikir mana betul dan mana salah :)kan?Kalau bolehlarh si dia msty lebih berusia dengan sya..hehe.. (tersipu-sipu malu)

4.Tak Pandai Marah Tapi Tegas

ye..saya paling x suka lelaki yang panas baran@garang..sangat2 x suka..so kalau boleh nak lelaki yng tak pandai marah tpi jgnlarh x marah langsung.Kalau boleh ada ketegasan sedikit..mcm ayh saya..heheehhe.. =P


5Suka kanak-kanak


Pada pandangan seorang perempuan/wanita , lelaki yang sukakan kanak-kanak ialah seorang lelaki yang penyayang . Apa lagi bila lelaki mengendong bayi . Omg , itu sangat sweet okay . Saya yang beku , bila tengok boleh jadi cair kot . hahaha . Dan bila berhadapan dengan kanak-kanak
pun tak kekok . Itu sangat handsome ! I like ! ^^

6.Suka Senyum

saya paling suka lelaki ynag suka senyum.paras rupa xpenting , kire biasala , tapi bila tengok manis je . seriusly , i don't need a good face pun sebab sayaa pun bukanla cun melecun sebab good face pun bukan menjanjikan kebahagiaan , asal muka tu cam sedapppp je dipandang , pastu kalau senyum terus cair macam aiskrim , nyum ! hahah .


7JUJUR


Saya paling benci kalau si penipu.Memang kejujuran harus ada dalam sesuatu hubungan . Nak kata kena share/cerita semua benda tu takde lah jugak . Tapi sebaiknya jujur lah . Jangan menipu . Sebab kalau menipu ni kan , selalunya memakan diri sendiri . Lepas tu sendiri jugak yang susah ? Tak takut ? --'

*Agama adalah yang paling penting dalam sesuatu perhubungan . Yang paling penting agama . Sebab lelaki adalah ketua keluarga . Dan semestinya , saya nak lelaki yang boleh bimbing saya dan jadi seorang imam untuk saya. InsyaAllah :') klah bye 

Sebab Perempuan Tidak Menghormati Lelaki

Bismillahirrahmanirrahim...




Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera untuk semua. Dalam kesempatan yang ada ini, saya terpanggil untuk berkongsi satu artikel ringkas yang saya 'copy' dari seorang rakan facebooksaya. Artikel yang agak bersahaja dan mampu mengubah mentaliti kita disamping menjadikan diri kita bertambah baik pada masa-masa akan datang.

Tanpa perlu membebel panjang, bacalah sedikit tulisan dibawah ini, tulisan tentang seorang lelaki dari perspektif seorang wanita...






Sebab-sebab Perempuan Tidak Menghormati Lelaki

1. Dah ada awek kau nak pegang-pegang. Elok-elok awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia. Konon special untuk kau seorang. Bila awek kau tak nak kasi semua tu, kau cakap 'bye-bye'... Wah! KAU LELAKI GATAL...

2. Bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. Berhabis duit bagi hadiah pada awek bila awek merajuk pun tak apa. Konon kau seorang penyabar. Tapi bila mak kau suruh kau pergi kedai beli barang dapur, macam-macam alasan kau bagi. Dah tu siap minta duit lagi kat mak kau. Wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP! 

3. Kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat mesin atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau. Konon kaulah lelaki paling gentleman. Tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. Siap pura-pura tidur sebab tak mau bersesak-sesak berdiri. Sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA!

4. Tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua. Nampak je ada awek cun, makin semangat kau. Kau rasa hisap rokok tu sangat cool. Alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA!!

5. Bila kau bawak kereta, ada sahaja awek baik dengan kau, mesti kau tuduh perempuan tu gila harta. Padahal perempuan tu tau kau punya kereta tu pun beli guna duit bapak kau. Bukan harta kau tapi harta bapak kau. Aduh! KAU LELAKI PERASAN!

6. Bila kau dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. Mencarut pun kuat-kuat. Semua jenis bahasa, semua jenis perkataan kotor kau sebut. F**k, s**t, macam-macam lagi semua kau nak sebut. Kau rasa kau sempoi bila mencarut. Tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB!
7. Pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup. Konon untuk kepuasan diri. Tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat. Bab agama kau aci mengelat. Apa nak jadi, KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI...8. Kau suka kutuk-kutuk dan gelak-gelak kat gambar perempuan-perempuan dalam fb. Kau kata konon bajet cun. Habis yang kau ambil gambar jelir-jelir lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? Kau ingat kau tangkap gambar siap posing maut biar nampak hensem tu tak bajet pula? Isk isk isk... KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI!
9. Masa awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. Konon modal perempuan merajuk dan air mata. Tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa pula? Wei, KAU LELAKI EGO!!
10. Kau hisap rokok kau rasa kau handsome. Lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata. Kadang-kadang bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli.Chewing gum yang kau kunyah pun sukahati kau je nak lekat kat mana-mana. Alahai, KAU LELAKI PENGOTOR!!


Ok, 10 sahaja dahulu yang boleh saya kongsikan setakat ini. Artikel di atas disalin semula berdasarkan tulisan asal dalam fb. Disini saya ingin beritahu, berawek-awek jika tidak mengikut syariat adalah tidak dibenarkan dalam Islam. Jauhi amalan yang menjurus ke arah zina.

Baca artikel diatas bagi membuka satu ruang berfikir kepada kita para lelaki, dan mengubah mentaliti bagi kalian, kaum wanita. Bagi yang sudah berkahwin, bacalah semula artikel diatas dengan mengubah frasa 'awek' kepada frasa isteri. Pasti ada yang terkena... hehe :)

Kalau ada yang terkena, jangan marah saya ya! Tak semua lelaki berperwatakan seperti yang digambarkan diatas. Ramai lagi yang baik-baik, macam para pembaca yang budiman sekalian. Kan?

Apapun, mohon maaf andai ada yang terasa, terguris dengan artikel kali ini. Sekadar selingan sementelah menanti masa yang sesuai untuk saya membuat posting bertopik yang lebih besar.

Ok, setakat ini sahaja dahulu penulisan saya, Sekian dan Terima Kasih. Wassalam.